Kuih akok kedut merupakan salah satu kuih tradisional yang sangat terkenal di negeri pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu . tekstur dalam kuih ini lembut dan sedikit bersarang serta mempunyai rasa yang lemak lemak manis .
Bahan Bahan :
4 helai daun pandan
1 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula halus ( boleh lebih / kurangkan )
5 biji telur ( sy guna gred AA )
1/2 sk garam halus
Cara Cara :
kisar dahulu daun pandan bersama secawan air dan tapiskan .
kemudian , masukkan ke semua bahan yang lain termasuk air tapisan daun pandan tadi ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati .
panaskan oven bersama acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak .
tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 40 minit bergantung kepada oven masing masing .
kuih akok akan menggelembung seperti belon ketika dimasak dan akan mengecut dan berkedut apabila dikeluarkan . Siap ..!💗
Tiada ulasan:
Catat Ulasan