Translate

Khamis, 17 September 2020

KUIH NONA MANIS

 Jom buat Nona Manis.. Senang jee.. 


== Bahan-bahan ==

Bahan A
1/2 cwn gula
1 cwn tepung gandum
1 cwn santan
1 biji telur

Bahan B
1/2 cwn santan
1/2 cwn air
Pandan emulco
Sedikit pewarna hijau
1/4 cwn tepung jagung

Bahan C
1 cwn santan
1 tbsp tepung gandum
1/2 tspn garam

== Cara-cara ==

Pukul telur dengan gula hingga sedikit kembang. Masukkan tepung berselang-seli dengan santan.

Ulang hingga habis. Ketepikan sebentar.

Satukan kesemua bahan B kedalam periuk, dan masak hingga berkilat.

Kemudian, satukan bahan A ke dalam bahan B. Kacau rata

Dalam periuk lain, satukan kesemua bahan C dan masak hingga pekat.

Ambil acuan lompang, dan sapukan dengan minyak. Paipkan adunan hijau 3/4 bekas. Ulang hingga habis.

Paipkan pula adunan putih di tengah-tengah supaya menjadi bulat. Kukus selama 15minit.

Pastikan kuih sejuk dahulu, kemudian keluarkan kuih dari acuan. Sedia dihidang

Tips dari M&S Santan Kelapa :
• Pilihlah santan yang beraroma harum dan segar
• Dengan kepekatan sederhana, janganlah likat seperti susu pekat
• Ia seharusnya berwarna putih krim

 

TEPUNG GOMAK

 Resepi Tepung Gomak

by Pn.Tahrunnisah Jali

2 cawan tepung pulut
sedikit garam
2/3 cawan air

caranya...
Campurkan tpg pulut garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan..Adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
Bulatkan adunan ini (besar 2x dari onde2 gula melaka)

inti Kelapa Manis
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

1 cawan kacang hijau
dibersihkan dan digoreng sebentar..jgn hangit ye..sekejap je.
kemudian kisar kacang ni sampai hancur
tapis/ayak dan boleh dijadikan serbuk tpung utk tepung gomak..lebihan tepung boleh disimpan

Caranya
Masukkan inti kelapa yang dibulatkan kedlm adunan tepung dan bulatkan.
Sementara itu panaskan air
rebus adunan ini.. nampak terapung angkat dan toskan
salutkan adunan ni dgn tepung kacang hijau yang diayak tadi..siap 

KUIH PENERAM

 Resepi kuih PENERAM

500g tpg beras cap gajah sekor
300g gula merah
1/2 cup gula putih
1 1/2 cup Santan
Secubit Garam
**cawan sy guna cup

Step 1
Tuang dulu tepung dlm bekas tahan panas buat lubang di tengah..

Step 2
Masukkan santan, gula putih, gula merah & garam
Buka api sederhana kacau sampai btul2 mendidih..TOLONG jgn tinggalkan dapur masa ni na sbb nnt dia akn meruap..

Step 3
Dah tutup api trus tapis masukkan dlm bekas tepung tadi..gaul sekata akn nmpk time ni buih2 skit..Biakan selama 6jam

Step 4
Lps 6jam perap tekan2 adunan klau terlampau lembut Blh masukkan tepung gaul sebati..klau adunan sngt keras masukkan air panas mendidih..adunan tu mesti agak2 lah ye..xlembut xkeras sngt..

Step 5
Sapu minyak tempat nk lempirkan adunan..Guna kayu yg panjang tu utk bg lepir sekata agak2 dlm 1/2 cm ja..tekap guna acuan donut size paling kecik tu utk dptkan size yg sma..sapu minyak pada loyang na..

Step 6
Panaskan minyak api yg sederhana samp btui2 panas tau..BETUL2 panas ye..ambil adunan yg dah di tekap tadi..masukkan dlm kuali di bawah bg keatas tau..bru kembang dua2..Faham kan hehehe..
Guna chopstick kayu kecik utk balikkan dan angkat masukkan dlm chopsticks besar bg minyk betul2 trun tau utk mengelakkan perat minyak..
Ok dah siap 




Kredit Resepi : nur azliza hamid via mahn