Translate

Khamis, 17 September 2020

KUIH NONA MANIS

 Jom buat Nona Manis.. Senang jee.. 


== Bahan-bahan ==

Bahan A
1/2 cwn gula
1 cwn tepung gandum
1 cwn santan
1 biji telur

Bahan B
1/2 cwn santan
1/2 cwn air
Pandan emulco
Sedikit pewarna hijau
1/4 cwn tepung jagung

Bahan C
1 cwn santan
1 tbsp tepung gandum
1/2 tspn garam

== Cara-cara ==

Pukul telur dengan gula hingga sedikit kembang. Masukkan tepung berselang-seli dengan santan.

Ulang hingga habis. Ketepikan sebentar.

Satukan kesemua bahan B kedalam periuk, dan masak hingga berkilat.

Kemudian, satukan bahan A ke dalam bahan B. Kacau rata

Dalam periuk lain, satukan kesemua bahan C dan masak hingga pekat.

Ambil acuan lompang, dan sapukan dengan minyak. Paipkan adunan hijau 3/4 bekas. Ulang hingga habis.

Paipkan pula adunan putih di tengah-tengah supaya menjadi bulat. Kukus selama 15minit.

Pastikan kuih sejuk dahulu, kemudian keluarkan kuih dari acuan. Sedia dihidang

Tips dari M&S Santan Kelapa :
• Pilihlah santan yang beraroma harum dan segar
• Dengan kepekatan sederhana, janganlah likat seperti susu pekat
• Ia seharusnya berwarna putih krim

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan