Translate

Khamis, 17 September 2020

TEPUNG GOMAK

 Resepi Tepung Gomak

by Pn.Tahrunnisah Jali

2 cawan tepung pulut
sedikit garam
2/3 cawan air

caranya...
Campurkan tpg pulut garam dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan..Adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.
Bulatkan adunan ini (besar 2x dari onde2 gula melaka)

inti Kelapa Manis
1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
1 biji gula melaka
3/4 cwn gula pasir
1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
daun pandan disimpul

caranya
masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan

bulat2kan inti tersebut

1 cawan kacang hijau
dibersihkan dan digoreng sebentar..jgn hangit ye..sekejap je.
kemudian kisar kacang ni sampai hancur
tapis/ayak dan boleh dijadikan serbuk tpung utk tepung gomak..lebihan tepung boleh disimpan

Caranya
Masukkan inti kelapa yang dibulatkan kedlm adunan tepung dan bulatkan.
Sementara itu panaskan air
rebus adunan ini.. nampak terapung angkat dan toskan
salutkan adunan ni dgn tepung kacang hijau yang diayak tadi..siap 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan