Translate

Rabu, 4 Ogos 2021

RESEPI SOS SAMBAL VIRAL THAI

Jika anda peminat makanan thai mesti ada biasa dengan 3 jenis sos thai tiap kali makan. Sesuai dengab MiangPla, somtam nasik putih, nasik campur semua pon boleh wahhh..
Sos ni makan dengan nasik putih pun sedap tak terhingga.
 
3 SAMBAL/SOS INI SESUAI UNTUK
 
🌶 Daging dan Ayam bakar
🌶 Ikan Goreng ayam goreng
🌶 Nasi Putih
🌶 Daun Salad
🌶 Nasi Putih
🌶 Kari dan Gulai
🌶 Lokcing
🌶 Makanan barbeque
🌶 Ulaman
 
Kredit resepi asal CIk Nadiaa di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) / SirapLimau
 

SOS MERAH / THAI SWEET SAUCE
 
Bahan-bahan:

3-4 biji cili api
6 biji cili merah
6 ulas bawang putih
1/2 kiub ayam
3 sb sos nam pla
gula putih / gula kabung secukup rasa
perahan air limau nipis @ cuka
sedikit air
sedikit tepung jagung
 
Cara-cara:

Kisar semua bahan. Kemudian masak sampai pekat atas api dengan menambahkan sedikit tepung jagung.

Sos merah ni rasanya manis pedas macam sos maggi.
 
 

SOS HIJAU

Bahan-bahan:


3-4 biji cili api hijau
6 biji lada hijau
segenggam daun ketumbar (sekali dengan akar)
6 ulas bawang putih
3 sb sos nam pla
1/2 kiub ayam
1/4 cwn gula putih / gula kabung
1/4 cwn air limau nipis
1/4 cawan air
garam secukup rasa
sedikit tepung jagung
 
Cara-cara:

Kisar semua bahan, kemudian masak dengan tepung jagung sampai pekat.

Sos hijau ni rasanya masam manis. Tak payah bubuh garam banyak sangat atau tak payah bubuh pun tak apa sebab dah ada rasa masin sedikit dari kiub ayam tadi..
 
SOS HITAM

Bahan-bahan:


1/2 sb beras pulut – disangai & ditumbuk halus
1/2 sb udg kepai / geragai – disangai
1 sb thai chilli flake -kalau tak ada, sangai sekejap cili kering & tumbuk
3-4 biji cili api- dihiris
1 biji bawang merah – dihiris
sedikit daun ketumbar – dihiris
2 sb sos nam pla (sos ikan – cari yang ada gambar sotong dengan sticker hijau)
1/4 cwn gula putih + gula perang / nisan kerek / gula kabung
1/2 cwn air + pes asam jawa secukup rasa
sedikit tepung jagung

Cara-cara:

Masakkan semua bahan dengan sedikit tepung jagung KECUALI beras pulut, cili, bawang, daun ketumbar & udang kepai.

Bila dah pekat dan sejuk baru campur semua bahan sangai dan hiris tadi. Sos hitam ni rasanya masin, manis dan pedas.

Sos ini pun boleh dimakan bersama Miang Kham, cuma tak payah letak beras pulut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan