Translate

Khamis, 17 September 2020

KUIH BADAK BERENDAM

Bahan Doh

3 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan..blender..tapiskan)
Sedikit pewarna hijau..tak letak pun tak pe..hijau jus pandan pun ok

Cara:

1) Tuang air jus pandan sikit2..gaul sebati..uli2..jadikan doh
2) Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya..kemudian leperkan doh..isi inti kelapa atau inti ikut suka..bulatkan semula

3) Rebus macam kita buat kuih buah melaka/onde-onde..angkat dan jirus sekejap bawah air paip..toskan airnya

4) Tuang dadih dalam bekas yang sesuai..masukkan doh yang direbus tadi..sedia untuk dihidang ☺

Bahan Inti

1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah
1 ketul gula melaka
1 1/2 cawan air
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum

Cara2:

1) Masak gula merah + gula melaka + air hingga larut..tapiskan
2) Air gula tadi masak bersama kelapa parut putih..agak2 nak kering..letak tepung gandum..gaul sebati

Bahan Dadih

5 cawan santan sederhana pekat
8 sudu makan tepung beras
8 sudu tepung gandum
2 helai daun pandan..simpulkan
Sedikit garam

Cara-cara:

1) Sebatikan bahan diatas (akak blender)..masak hingga naik wap..sentiasa dikacau2 agar tidak berketul2..kacau sampai sedikit likat..terpulang nak likat lagi..kacau2.. tapi jangan sampai pekat


Kredit: zura zul via mahn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan