Translate

Khamis, 17 September 2020

RESEPI PUDING SERIKANDI ( Puding Roti )

* 2 peket agar² tali 20g
* 2 tin susu cair
* 1 tin susu pekat
* 1 Roti potong Gardenia yg pendek ( Rm2.50 )
* 1 inci gula batu
* pewarna merah, hijau, kuning

Cara²

* masak agar² tali dgn air 1.2L x 2 (atau secukupnya)
* masukkan gula batu
* carik²kan roti potong tadi ke dlm susu cair biar tenggelam dan kembang. (ambik putih sahaja yg tepi potong buang)
* agar² dah mendidih sebati cedok kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. Sejukkan. ( 1 bekas dlm 2 ke 3 senduk sahaja )
* kecilkan api masukkan susu pekat kacau² sebatikan. Ikut tahap kemanisan anda suka 😀
* tinggal dgn api yg kecil

* 3 warna tadi dah beku potong dadu.

* tabur kedalam loyang lapisan pertama tabur warna warni yg dipotong dadu tadi dan masukkan roti yg rendam dlm susu cair tadi tuang agar²sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti,
ulang step 👆 sampai habis. 🥰
* sejukkan sedikit. Simpan dlm peti ais. Dan hidangkan 😋


Kredit ain ilfina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan